Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Saturday, December 26, 2009

PANAS: Anwar 'agen' dunia Islam!..Anwar 'talibarut' ulamak Islam!..Anwar bersetongkol dgn tokoh dunia Islam!



Oleh: pria_malaya

Mungkin itu yg terlintas di fikiran puak gerombolan tatkala melihat situasi dan keadaan ketika ini memihak kepada Anwar Ibrahim..


Jika dahulu, mereka sering melaung2kan Anwar adalah agen barat, Anwar adalah agen Amerika, Anwar talibarut dunia barat, Anwar pengkhianat kerana berhubung dgn tokoh barat (kafir) dan bermacam2 lagi..

Pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan tokoh dan dunia barat terhadap Anwar sebelum dan baru2 ini semakin membenarkan telahan mereka..mereka semakin galak mengarang artikel dan berita berkaitan Anwar sebagai agen dan talibarut dunia barat..

Perihal Tokoh Maal Hijrah...

Tiba2, kehadiran tokoh ulamak dunia ke Malaysia baru2 ini telah mengubah segala2nya..

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang diundang sebagai penerima anugerah tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1431 H telah mengeluarkan kenyataan membela Anwar Ibrahim..malah beliau berjanji akan mempertahankan Anwar dengan membawa isu ini ke peringkat antarabangsa (dunia Islam). beliu sendiri akan menggunakan pengaruhnya untuk membela Anwar supaya beliau diadili mengikut hukum syarie...



Dan yang terbaru, seorang lagi tokoh ulamak dan cendekiawan Islam terkenal dunia, Dr. Wahbah as- Zuhaily juga mengeluarkan kenyataan mempertahankan Anwar Ibrahim..beliau menasihati Anwar supaya bersabar dan mencontohi nabi Yusuf yang difitnah oleh sang penguasa..malah beliau turut melahirkan perasaan kurang senang terhadap apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim..

Menariknya, Dr Wahbah as- Zuhaily adalah penerima anugerah tokoh Maal Hijrah pada tahun lepas, 1430 H...ini bermakna, dua orang tokoh Maal Hijrah bagi dua tahun berturut2 telah memberi kepercayaan dan pernghormatan kepada Anwar Ibrahim..

Sebelum itu, dua ulamak luar negara, iaitu Sheikh Dr Tawfik Ramadan Al-Bouti dari Universiti Damsyik dan Habib al-Jifri dari Yayasan Tabah Emiriah Arab Bersatu telah menarik diri dari Persidangan Perpaduan ummah Antarabangsa di Kuala Lumpur gara2 pihak menganjur tidak menjemput sama Anwar Ibrahim dalam persidangan itu..menurut mereka, persidangan tersebut tidak sempurna tanpa kehadiran Anwar Ibrahim dan TGNA yang meruapakan antara tokoh penting dan berpengaruh di Malaysia..


Tokoh berpengaruh dunia Islam

Sebelum itu juga, Anwar turut tersenarai antara 500 tokoh Islam berpengaruh dunia dalam bidang siyasah kenegaraan..bersama beliau adalah Tok Guru Nik Aziz yang juga ternarai dlm kalangan 50 tokoh Islam yang sangat berpengaruh....ini semestinya suatu diluar jangkaan pengikut gerombolan..apatah lagi, menurut Yusuf Qardawi, beliau akan menyampaikan berita ini kepada para ulamak2 lain..ini bermakna isu ini tidak akan terhenti setakat ini..berita mengenai Anwar akan terus mendapat perhatian tokoh2 Islam dunia yang lain!



Isu ini menjadi 'panas' kerana tokoh ulamak tersebut bukan calang2 orang, mereka adalah tokoh utama dunia yang sangat berpengaruh dan disegani oleh masyarakat muslim..mungkin jika ianya 'ulamak biasa', atau hanya bertaraf 'ulamak negeri', puak gerombolan pasti tidak akan hiraukan..tetapi mereka adalah ulamak besar dunia, yang mereka sendiri memberi pengiktirafan (sebagai tokoh maal hijrah)..ini bermakna tokoh tersebut sangat berpengaruh, berpengetahuan luas, kaya dengan ilmu dan berjasa kepada Islam..

Puak gerombolan mati akal?

Jika diperhati, di hari dan waktu berita mengenainya (Yusuf Qardawi membela Anwar) tersebar, blog2 mereka seolah2 tidak berfungsi, tiada posting terbaru, tiada artikel yang dikeluarkan..berita mengenai tokoh berpengruh dunia itu membuatkan mereka seolah2 tidak ternafas..mereka terkedu, mereka terkasima seketika..

Bagaimana Anwar yang dilabel mereka selama ini sebagai agen dunia barat, talibarut Amerika dan sebagainya akhirnya disegani ulamak dunia Islam..bagaimana Anwar yang dituduh bersetongkol dgn dan bersubahat tokoh barat akhirnya dihormati oleh ulamak terkemuka dunia sendiri..bagaimana istilah 'agen/talibarut barat' yang sifatnya merosak dan menghancukan Islam boleh sebegitu mudah dipercayai dan dihormati tokoh besar dunia Islam..ianya suatu yang diluar jangkaan pengikut gerombolan..ianya tidak masuk akal bagi mereka..

Pandangan negatif terhadap ulamak

Akhirnya selang berapa lama, mereka bersuara..pelbagai pandangan, pelbagai tafsiran..

Ada dikalangan mereka masih tidak percaya kenyataan itu dikeluarkan oleh tokoh besar dunia..mana boleh ini terjadi..dikatanya Anwar mereka2 cerita, didakwanya PR dan PAS memutarbelit kenyataan tokoh Islam itu..mereka tidak boleh menerima hakikat ini sampai lah mereka sendiri melihat dan mendengar dari mulut ulamak itu sendiri..

Ada juga dari kalangan mereka memberi alasan orang luar tidak boleh mencampuri urusan negara malaysia..ulamak luar tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kenyataan yg bercanggah dgn perjuangan dan hasrat kerajaan Malaysia..ulamak ini tidak menghormati udang2 negara Malaysia dan pelbagai lagi...maka, hujah dan kata2 ulamak tadi dianggapnya pandangan peribadi yang tidak releven dan tidak perlu dilayan sama sekali..

Dikalangan mereka juga ada yang cuba menuduh Anwar telah 'mempergunakan' ulamak ini..ada yang mendakwa Anwar telah 'menunggang' ulamak ini..ada yang menfitnah ulamak tersebut telah diupah untuk menyokong Anwar, dan pelbagai fitnah dan tohmah terhadap Anwar termasuk ulamak tersebut..tidak kurang yg mengeluarkan kenyataan tidak sopan terhadap ulamak tersebut sebagai 'balasan' tindak tanduk mereka menyokong Anwar...

Boleh lihat contoh di bawah ini..
- Qardawi (upahan) membela anwar
- Saat menjelang 25 Jan - Giliran ulama pula ditunggangi Anwar!

Dan pelbagai lagi artikel dan posting yang menjurus kepada mempersoalkan kewajaran tindakan Yusuf al-Qardawi dan ulamak lain mempertahankan Anwar....

Persoalannya kini, apakah puak gerombolan akan menggelar Anwar selepas ini sebagai 'agen' dunia islam, 'talibarut' tokoh Islam atau yg sama waktu dengannya kerana Anwar dilihat begitu akrab dgn tokoh dan dunia Islam? ataupun mereka 'menduakan' Anwar Ibrahim sebagai seorang 'talibarut' barat dalam masa yang sama juga 'talibarut' dunia Islam? atau bagaimana..sama-sama kita nantikan karangan jawapan dan alasan dari mereka...

Akhir kalam, penulisan ini bukanlah bertujuan untuk menonjolkan Anwar sebagai seorang tokoh hebat atau lain2, apatah lagi mahu mendewakan Anwar...yang benar tetap benar, yang salah tetap salah...tetapi tujuan sebenar penulis mengeluarkan artikel ini adalah untuk 'menguji' puak gerombolan, apakah jika dahulu Anwar digelar sebagai 'agen' barat disebabkan faktor2 tertantu, apakah perkembangan terbaru ini membolehkan Anwar juga dicop sebagai 'agen' dunia Islam?..

wallahua'lam...

Artikel berkaitan:
1. PANAS! Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia akan mempertahankan Anwar Ibrahim!!..(video inside)
2. Permintaan Dr. Yusuf Al-Qaradawi: "Saya minta tuan2 bersama Anwar untuk mengangkat martabat kemanusian.."
3. Gambar sekitar syarahan perdana oleh Sheikh Yusuf Al-Qardhawi di Masjid Shah Alam..(Gambar bersama pimpinan PAS/PR di dalam)

12 comments:

Anonymous said...

hahaha...
terkedu puak gerombolan....hehe

? said...

;O

pria_malaya said...

akhirnya benar bagai dikata...boleh lihat di sini..

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=35144#774399

:)

mungkin mereka tidak perasan..terdapat dua pertemuan syiekh tersebut dgn pimpinan PAS/PR..

pertama secara tidak rasmi - ketika menyampaikan syarahan dimasjid Shah Alam

pertemuan kedua, secara rasmi - bertemu dgn kepimpinan PAS/PR diputrajaya..

mungkin bagi mereka, hanya hakikat pertemuan secara tidak rasmi dimasjid shah alam shj wujud, sedangkan Yusuf sendiri meluangkan masa bertemu dgn kepimpinan PAS/PR dlm satu pertemuan khas....disanalah yusuf menerangkan segalanya seperti apa yg didakwa..jelas kesimpulan dari pertemuan tersebut, syiekh menggolongkan Anwar dlm kategori 'tertuduh yang memerlukan pembelaan', BUKAN 'penjenayah yang perlu pembelaan'..

harap puak gerombolan dapat bezakan dua situasi ini...:)

penulis juga tertarik komen puak gerobolan dibawah..

"Benar seperti komen sahabat saya bahawa Syeikh Yusuf Qaradhawi sanggup menerima hadiah Tokoh Maal Hijrah adalah bukti betapa dekatnya Malaysia di hati beliau."

:) :)

Anonymous said...

Tiga soalan:

1. Jika tulisan anda ini bermaksud Anwar adalah "pejuang" Islam tulin, bolehkah kita gelar Anwar sedemikian dengan hanya bergantung kepada hubungannya dengan Dr Yusuf Qardawi dan Dr Wahbah as-Zuhaily? Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh besar Islam yang lain? Mengapa hanya Dr Yusuf dan Dr Wahbah? Mengapa Anwar menonjol-nonjol sangat tentang hubungannya dengan kedua-dua tokoh itu?

2. "Pejuang" Islam tulin bermaksud pengamalan Islam sebenar dari segi kata-kata dan amalan. Adakah Anwar telah benar-benar menunjukkan ciri-ciri ini?

3. Nampaknya tumpuan lebih diberi kepada Dr Yusuf Qardawi kerana beliau baru saja berada di Malaysia. Adakah anda tahu tentang latabelakang beliau? Tahukah anda siapa beliau sebenarnya? Pernahkah anda membuat penyelidikan tentang beliau? Jika pernah, anda wajib sebarkan di blog anda supaya kita dapat pandangan yang seimbang.

Anonymous said...

tak kira sapa atau apa pun keadaan.kita tunggu sajalah di mahkamah nanti.itupun kalau pihak disana masih mempercayai sistem kehakiman.kot2 ada yg nak tambah sistem kehakiman telah dirasuah atau apa saja tuduhan.

lawan tetap lawan.toksah lari kalau memperjuangkan kebenaran.

mat di-pokok sena

Anonymous said...

BRO, LU TINGGAL SATU LAGI NI..ULAMAK DUNIA JUGAK NI...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/persidangan-ummah-antarabangsa-kl-dua.html

ghostWRITER said...

bro lu follow segala bersoalan yang gua bangkit pasai anwar di http://ohpolitik.blogspot.com..
lepas tew lu jawab...okey!

pria malaya said...

terima kasih anony 5.24..

1) nampaknya anda silap, sudah sy awal2 mangatakan penulisan ini bukanlah untuk mengangkat awnr sebagai hero apatah lagi pejuang Islam tulen, atau lain2..

sedara boleh lihat perenggan terakhir posting saya ini..disitu, ada motof kenapa tulisan ini dikeluarkan...:)

2)pun saya tidak mengatakan mengenainya diatas..anda sudah tersilap takrif penulisan saya..:)

apa pun mengenai persoalan 'pejuang tulen sebenar' terlalu besar utk dikupas di sini..terlalu banyak ruang lingkup utk dikaitkan bersama tatkala membahas isu ini, termasuk mengait sama pimpinan umno dan pimpinan PAS untuk tujuan perbandingan dan pencerahan..ada pro dan kontra, ada pelbagai pandangan...

2)ya, tumpuan diberikan kepadanya oleh krn beliau adalah pengerusi kesatuan ulamak dunia, bahkan lebih dari itu adalah penerima tokoh maal hjijrah oleh kerajaan Malaysia..

kerana itulah penulis ada nyatakan dlm artikel penulis diatas, isu ini 'panas' disebabkan beliau adalah tokoh ulmak yg disegani didunia termasuk oleh kerajaan Umno sendiri..jika ianya dari kalangan ulamak biasa, sudah tentu umno langsung tidak memandangnya..

sebenarnya bukan yusuf qardawi sahaja, sedara boleh lihat artikel sy diatas., ada beberapa org tokoh ulamak Islam..pada fikiran sy, sedara tidak membacanya sehingga habis bukan, jadi sy harap sedara dpt membaca arikel sy diatas sehingga habis...kemudian baru kita bincang..:)

wallahua'lam..

pria malaya said...

terimakasih mat di-pokok sena krn meninggalkan komen..

ya, lawan tetap lawan..:)

seperti kata penulis dlm artikel diatas, "yang benar tetap benar, yang salah, tetap salah"...tak perlu risau akan penulis...:)

pada anony 10.44...

terima kasih atas peringatan sedara..
saya telah pun mngemaskini artikel diatas..thanks banyak2..:)

pria malaya said...

terimakasih ghoswritter kerana meninggalkan komen...

emm boleh sedara tunjukkan link secara terus ke artikel tersebut..terlalu banyak artikel berkanaan anwar diasana..:)

Anonymous said...

ada kew 'ulama' kena tunggang... memang puak tu tak hormat ulama.. depa ingat darjat ulama tu rendah kew ley tungang2.. hang sendiri ley pikiaq yang mana betul or salah.. pengiktirafan(ulama) yang sedemikian besar tu pun depa ley fitnah.. masyaALLAH..

A.Alizul said...

kebanyakan dari kita judge orang berdasarkan emosi, aku ke ko ke same je..

tak di rujuk kpd alQuran asSunnah para ulama ustaz2 (yang bukan ustaz sebab duit dan pangkat)..

sampai ada yang secara membuta tuli meng-kafirkan orang!!

Kalau nak kata Anwar tu murtad ke patut di bunuh ke, kemukakan dalil2 dan fakta2, jgn sampai kata2 anda boleh mengancam keselamatan anda di akhirat nanti..

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin