Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Sunday, January 31, 2010

The best picture of the year: Tahniah Tok Guru! Tahniah rakyat Kelantan!





Oleh: Pria Malaya

Alangkah indahnya jika ketua pemimpin negeri kelahiran penulis dapat mencontohi Menteri Besar Kelantan yang boleh mengimamkan solat untuk rakyat2nya..alangkah syahdunya tatkala melihat ketua tertinggi sebuah kerajaan memimpin rakyat-rakyatnya bersolat, bermunajat berjemaah secara bersama...

Penulis masih menanti saat manis itu..

Rasanya setakat ini negeri Kelantan lah satu2nya negeri yg dapat menghimpunkan puluhan ribu rakyatnya bersolat secara berjemaah bersama ketua kerajaannya..rekod ini masih dipgang oleh rakyat Kelantan sejak turun menurun..masyallah...

Sebenarnya suasana ini (bersolat secara berjemaah di padang yang luas) tidak pelik...ianya boleh dilihat di negara2 umat Islam yg lain..di Indonesia (khususnya Acheh) umpamanya, fenomena ini biasa dilihat dgn jelas, puluhan ribu manusia bersolat secara berjemaah, disitulah dilihat wujudnya kesepaduan dan keutuhan umat Islam...tapi di Malaysia, ianya adalah suatu yang asing (kecuali di Kelantan)..

Kerana itulah penulis mengkagumi rakyat Kelantan..dpt menghimpunkan puluhan ribu ummat bersama berjemaah di satu2 kawasan bersama barisan pemimpinnya..malah suatu ketika dahulu, kerajaan Kelantan dpt menghimpunkan puluhan ribu rakyatnya pada jam 3 pagi berqiamullail di stadium..ia suatu perkara yg sukar dilakukan di tempat2 lain..ianya hanya boleh berlaku di negeri bawah pemerintahan seorang ulamak..

Kerana itulah penulis memilih gambar2 ini sebagai gambar yang TERBAIK untuk tahun ini...sungguh meninsafkan...tahniah Tok Guru!! Tahniah rakyat Kelantan!!..semoga Allah memberkati penghuni negeri serambi Mekah!














Lagi gambar di sini (Mesti lihat dan sebarkan):
- [Kemaskini] Gambar puluhan ribu rakyat Kelantan tuntut royalti di Stadium K.Bharu!..(video inside)
baca lagi [click here]...

Nafi tuduhan perkauman: 70 peratus tender terbuka dikuasai Bumiputera - Lim Guan Eng



Guan Eng: 70 peratus tender terbuka dikuasai Bumiputera

KUALA LUMPUR, Jan 31 — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas pengerusi PKR negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang.

Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.

Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.

“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.

Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.

Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.

“Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi,” katanya.- TheMalaysianInsider

baca lagi [click here]...

Gambar DS Nizar di pusara Dr Burhanudin Al- Helmi

























DSN selepas tazkirah di Masjid Melayu Bandar taiping menziarahi pusara Dr Burhanudin Al- Helmi di perkarangan masjid tersebut...Al-fatihah.. - FB Fan Club Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin

baca lagi [click here]...

Spekulasi sertai Umno: "Ia mengarut, tak berasas sama sekali, sampah!.." - MP Indera Mahkota

Zahrain, 2 lagi MP PKR nafi sertai BN

PULAU PINANG, Jan 31 – Tiga orang daripada sekumpulan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Datuk Seri Zahrain Hashim, yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu untuk menyokong BN, menafikan khabar angin sedemikian.

(Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail)

Ketiga-tiga wakil berkenaan – masing-masing dari Bayan Baru, Pulau Pinang, Merbok, Kedah dan Indera Mahkota, Pahang menyangkal spekulasi mereka sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Wakil rakyat Merbok dan Indera Mahkota juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas PKR di ibu negara pagi ini.

Zahrain tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR Selasa lalu dan hari keesokannya mengeluarkan kenyataan mengecam kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau tidak dapat dihubungi sejak empat hari lalu.

Bagaimanapun dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Zahrain berkata “belum terlintas” untuk keluar PKR.

“Walaupun saya kurang senang dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR, saya belum terlintas untuk keluar parti kerana masih mahu menjayakan agenda perjuangan,” kata beliau.

“Saya akan bersama PKR walaupun banyak perkara yang saya tidak setuju.

“Saya harap akan berlaku perubahan dalam PKR seperti yang dijanjikan kepada rakyat,” kata Zahrain lagi.

Semalam Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengesahkan beliau ada mendengar tiga hingga empat ahli Parlimen akan keluar PKR.

“Tidak betul, tidak betul,” kata Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din ketika dihubungi The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan mengenai desas-desus itu.

Semasa dihubungi malam tadi beliau dalam perjalanan ke ibu negara untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR pagi ini.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang tawaran daripada Umno dan BN, Rashid berkata, “tidak, tidak.”

Dengan ketawa besar beliau memberitahu; “Saya ada jawatan, saya ada keluarga, saya ada anak isteri, apa lagi saya mahu.”

Dalam pada itu Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail juga menolak tanggapan sedemikian.

“Ia mengarut, tak berasas (spekulasi) sama sekalu, sampah,” kata beliau ketika dihubungi.

Beliau juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas pagi ini yang bermula pukul 10 pagi.

Ditanya apakah spekulasi itu dikaitkan dengan keputusannya melepaskan jawatan Timbalana Pengerusi PKR Pahang, Azan memberitahu, beliau telah menjelaskan bahawa ia tiada kaitan dengan kedudukannya di peringkat pusat.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini saya mahu memberi tumpuan di pusat, jadi tak timbul isu saya akan keluar parti,” kata beliau yang berulang kali mengatakan desas-desus itu “mengarut”.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof berkata beliau perlu meneliti laporan media sebelum ini membuat sebarang kenyataan.

“Saya baru balik dari luar negara (persidangan di Filipina) dan kurang sihat, saya akan membuat kenyataan kemudian,” kata beliau.

Tiga hari lalu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau tiada hasrat untuk keluar PKR.

Beliau yakin dapat menerangkan kepada lembaga disiplin tentang keputusannya membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.

Zulkifli akan disiasat oleh lembaga itu dalam tempoh sebulan.

Desas-desus beliau akan keluar PKR sudah kedengaran sejak akhir 2008.- TheMalaysianInsider

Sementara portal berita Malaysiakini pula melaporkan...

Anwar: JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"(Usaha ini) daripada Jamaludin Jarjis mewakili Umno untuk beli ahli-ahli parlimen kita.

"Ini tindakan yang korup dan rakus. Tapi kerana beliau tidak layan, jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Ditemui Malaysiakini selepas itu, Azan berkata beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik."
baca lagi [click here]...

Bicara Gambar: Gambar terbaru Aduka Taruna di majlis persandingan..



Oleh: Pria Malaya

Hari ini (sebenarnya semalam) barulah penulis mengenali siapa itu insan beranama Khairul Nizam atau nama penanya, Aduka Taruna...dua tahun lamanya penulis mencari dan tertunggu untuk menatap wajah anak muda kelahiran Paroi Negeri Sembilan ini..seorang kenalan maya penulis...

Penulis tidak terkejut, kerana penulis awal-awal lagi sudah menjangkakan suatu hari nanti (bermula laporan polis terhadap beliau), wajah Aduka tetap akan tersebar juga termasuk di media2 utama negara..

Buktinya kelmarin, akhbar The Star telah meletakkan gambar penuh Aduka Taruna dalam tajuk beritanya..kemungkinan beliau tidak sedar semasa foto beliau dirakam...





Terus terang, jika diteliti gambar2 Aduka yang menutup separuh muka seperti dibawah, penulis tidak dapat mengecam wajah Aduka yang sebenar..penulis asyik terbayang wajah Faizal Tahir...kenapa ek...mungkin ada iras-iras wajah penyanyi tersohor tu kot...:)







Nampaknya Aduka semakin famous...jika dahulu blognya sahaja famous, tetapi kini dengan diri beliau sekali semakin famous..xkesahla Aduka...bak kata GreenBoc..

"Itu tabiat semula jadi manusia. Tabiat ingin tahu, macamana muka Aduka sebenarnya. Lepas ini ada lagi, ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya isteri pilihan Aduka, warga Kelate itu.

Tak apa ler Aduka. Dah famous dan dah jadi public figure ala selebriti."
Selepas ini, tak perlu la AT nk sorok or 'segan2' tampil diri di khalayak, termasuklah dalam pogram 'langgar' beliau, semuanya sudah mengenali beliau...akhir kalam, selamat pengantin baru, semoga dgn perhijrahan (dari alam bujang ke alam perkahwinan) dapat mematangkan diri seterusnya berubah menjadi yang lebih baik... wallahua'lam...

Sumber gambar pertama: Kelab GreenBoc

Gambar terbaru dari blog 'macamoranggila'..



baca lagi [click here]...

Munajat rakyat Kelantan tuntut royalti: "Allah dah boring, asyik2 complain je..." - FBer Umno



(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Azeeza Abdullah telah memberi komen ini : "Allah pun boring, ayik2 complain je..tak tau bersyukur sebab tu hajat asyik kena reject..hihi.." - mengulas isu solat hajat rakyat kelantan menuntut royalti.

Untuk pengetahuan semua, Azeeza ini merupakan salah seorang admin yang aktif bagi Group Menentang Penggunaan Nama Allah Bagi Bukan Islam. Akhirnya wajah beliau yang sebenar jelas kelihatan. Menyamakan sifat manusia ke atas Allah Azzawajalla.

Saya yakin dan percaya ramai yang akan membangkitkan Isu Tuhan 'Samseng' dan 'Mencarut' untuk isu Azeeza ini, dan saya juga percaya ramai yang akan sedar pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO BN dalam memanipulasi kata-kata atau kenyataan dari TG Nik Aziz. Untuk Azeeza, insaflah..

Rujukan : http://www.facebook.com/photo.php?pid=119959&id=100000508359207
Rujukan : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000069668683&ref=search&sid=1046323726.3132585876..1
Rujukan : http://www.facebook.com/group.php?gid=227724322514

Sumber: FB Pemuda PAS Kawasan Segamat

Gambar puluhan ribu rakyat Kelantan bermunajat tuntut royalti minyak boleh dirujuk di sini (mesti tengok):
-[Kemaskini] Gambar puluhan ribu rakyat Kelantan tuntut royalti di Stadium K.Bharu!..(video inside)

baca lagi [click here]...

Majlis kahwin penulis blog Aduka Taruna berjalan lancar



SEREMBAN 30 Jan. – Majlis perkahwinan penulis blog adukataruna.blogpsot.com.my yang baru dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, berjalan lancar dan meriah di kediamannya di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini, hari ini.

Khairulnizam Abd. Ghani, 29, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina institusi kesultanan Johor.

Tinjauan Mingguan Malaysia di rumah Khairulnizam mendapati majlis perkahwinannya itu berlangsung dengan penuh ceria tanpa sebarang gangguan serta dikunjungi oleh saudara mara serta sahabat handai.

Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, majlis itu bermula dari pukul 11.30 hingga 6 petang hari ini.

“Majlis hari ini berjalan lancar dan ceria tanpa sebarang gangguan, ramai sanak saudara, jiran dan sahabat yang datang untuk meraikan kedua-dua pengantin.

“Tetapi kita tak mahu komen apa-apa lagi kerana ia akan mengganggu emosi keluarga kami termasuk ibu bapa. Apa pun kami bersyukur setelah dia dibenarkan diikat jamin kira-kira pukul 7.00 petang semalam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya lagi, kedua-dua pengantin serta ibu bapa mereka enggan bertemu wartawan dan enggan mengulas sebarang kenyataan kerana sebuah akhbar perdana negara telah membuat laporan yang tidak tepat mengenai Khairulnizam.

“Kita bukan apa, sebab sebelum ini sebuah akhbar perdana buat laporan yang tidak tepat dan mungkin abang (Khairulnizam) akan ambil tindakan.

“Contohnya, akhbar itu ada mengatakan yang abang menyembunyikan diri padahal itu tidak benar sama sekali,” ujarnya - Utusan Malaysia

baca lagi [click here]...

Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP 2010): Selamat berhimpun anak muda!!





Jadual ceramah HEMPAP mengikut kawasan...











Ingat, warna HIJAU adalah tema perhimpuan HEMPAP kali ini!

Artikel berkaitan:
- Menjelang himpunan 10 000 pemuda PAS Perak: Kerja mencetak baju dalam proses akhir!

baca lagi [click here]...

Thaipusam : Ribuan Rakyat Selangor Tolak Kekerasan Polis, Hadir Majlis Kerajaan Negeri



Ribuan rakyat Selangor hadir pada majlis Thaipusam anjuran kerajaan negeri Selangor di Batu Caves malam tadi, meskipun polis mengenakan kekangan yang dilihat sebagai cubaan langsung untuk menggagalkan majlis itu.

Polis merobohkan sebuah pentas yang didirikan oleh kerajaan negeri untuk majlis berkenaan, setelah memberi kelulusan terlebih dahulu.

Tindakan polis itu dikaitkan kepada cubaan memastikan rakyat hanya hadir untuk lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke tapak itu malam tadi dan memulau majlis anjuran kerajaan negeri yang di atur jauh lebih awal.

Tindakan polis merobohkan pentas berkenaan memaksa kerajaan negeri membatalkan pertunjukkan kebudayaan yang bertujuan memupuk keharmonian kaum.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan EXCOnya tetap mengambil keputusan untuk hadir merasmikan majlis sambutan itu walaupun mereka terpaksa berdiri atas beberapa meja yang diatur bersebelahan sebuah trak penguasa tempatan.

Meskipun majlis diadakan sejurus selepas Perdana Menteri Najib Razak melawat tapak itu, namun sambutan rakyat Selangor untuk pemimpin kerajaan negeri Selangor tetap hangat, khususnya daripada kaum India.

Tan Sri Khalid menyampaikan bantuan berjumlah RM1 juta, kepada badan amal serta sekolah Tamil di sekitar Selangor dan berjanji kemewahan Selangor akan terus dikongsi bersama dengan rakyat.

Beliau berkata sebarang usaha untuk menyekat kerajaan negeri daripada mendampingi rakyat akan terus ditolak, walaupun ia membabitkan jabatan persekutuan seperti polis.

Beliau juga menyampaikan mesej tajam kepada pemimpin persekutuan yang cuba membelakangkan hak dan kuasa-kuasa kerajaan negeri yang dilantik rakyat.

"Kita bukan menidakaan kehadiran kerajaan persekutuan. Sebagai tuan rumah kita menyambut baik kehadiran mereka. Tetapi mereka bukan tuan rumah di negeri Selangor. Mereka hanya tetamu. Saya harap perkara ini dapat difahami supaya kita dapat meraikan apa sahaja perayaan bersama- sama," kata Tan Sri Khalid.

Polis dilihat sebagai bertindak di luar bidang kuasa apabila merobohkan pentas kerajaan negeri sehari sebelum Najib melawat tapak itu.

Umumnya, hanya penguasa tempatan mempunyai kuasa menentukan kesesuaian mendirikan pentas dalam sesuatu premis seperti Batu Caves setelah mengambil kira kepentingan semua pihak.

EXCO kerajaan negeri Xavier Jayakumar berkata Polis tidak membantah pembinaan pentas kerajaan negeri apabila usul itu dibuat tetapi kemudian mengarahkan supaya ia dirobohkan atas alasan keselamatan.

Beliau berkata alasan itu tidak masuk akal kerana pentas berkenaan tidak mengancam keselamatan mana-mana pihak.

Ratusan ribu orang membanjiri Batu Caves malam tadi dan hari ini untuk bersembahyang dan membayar nazar.

Kerajaan Negeri telah meletakkan perayaan Thaipusam sebagai satu tarikan pelancong sempena kempen pelancongan Selangor Shine sepanjang tahun ini.

Hasil publisiti meluas kerajaan negeri di dalam dan luar negara, ribuan pelancong tempatan dan luar Negara bertumpu ke tapak bersejarah Batu Caves untuk sambutan terbesar Thaipusam di rantau Asia Tenggara. - TV Selangor

baca lagi [click here]...

Saturday, January 30, 2010

Keputusan jawatakuasa disiplin: Aku mampu untuk menerimanya...namun....



Oleh: Pria Malaya

Ntah la..aku tak tau nak kata apa..semacam berat untuk aku terima keputusan itu...perasaan terkejut bercampur hairan tetkala menatap berita dari Harakahdaily 29 Januari lalu....

Firasat aku sebelum ni kuat mengatakan bahawa hukuman akan berlaku sebaliknya, tetapi ntahlah, jawatankuasa telah menentukan segalanya...mereka pasti punyai sebab, mereka pasti punyai alasan tersendiri...

Walaupun berat, aku cuba menerimanya..aku cuba.....aku tau, inilah adat dan adab bila berjemaah...jika ada segelintir pihak disana menuduh aku tertelan 'pil wala' atau semaksud dengannya, tidak mengapa, aku terima...aku tahu mereka dgn kefahaman mereka, aku dgn kefahaman aku..mereka dgn cara mereka, aku dgn cara aku..

Pun begitu..aku bimbang...aku bimbang rakan-rakan seperjuanganku yang lain...walau aku bisa untuk berlapang dada menerima keputusan itu, tapi jauh disudut hati aku memikirkan perihal rakan2ku yang lain...

Aku bimbang kalau2 mereka 'berputus asa' atas keputusan ini..aku bimbang jika mereka 'berasa hati' seterusnya menarik diri dari jemaah ini, dan lebih dari itu, aku bimbang jika mereka berubah menjadi 'musuh' dalam jemaah sendiri!

Aku tahu, mereka tidak akan sesekali berpuas hati ini dgn keputusan ini..aku pernah halusi pemikiran mereka..aku sering telaah tulisan2 mereka...mereka punyai puluhan alasan dan jawapan untuk membenarkan dakwaan dn telahan mereka...

Itulah pahit manis perjuangan..dunia yg sementara ini tidak akan sekali bisa memuaskan hati semua pihak...setiap apa yg berlaku pasti ada pro dan kontranya..cuma yg bezanya, ia diterjemah secara terbuka, atau cukup sekadar dipendam rasa..

Hari ini, setelah dua hari berlalu sejak keputusan itu diumumkan..aku masih tertatap artikel2 mengenai ketidakpuasan individu2 dan kumpulan2 maya mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin itu...ada yg secara terang memaki hamun menolak keputusan jawatankuasa disiplin, ada yang bertapis mengkritik secara matang tanda kurang bersetuju, ada yang berstuju dgn keputusan itu, dan ada juga yg tidak peduli akan keputusan itu...semuanya tampil dgn alasan dan hujah2 tersendiri..

Apa pun gaya atau bentuk penulisan mereka, aku dapat simpulkan, isu ini tidak akan terhenti setakat ini....suara2 tidak puas hati akan terus bergema mewarnai ruang lingkup politik alaf baru, khususnya generasi2 pemaya..

Rasanya itu sahaja yg dapt aku nukilkan buat sementara ini..memang diikutkan hati, mahu sahaja aku ulas satu persatu, jawab satu persatu, persoal satu persatu2 akan isu yg timbul..tetapi apakan daya, aku masih tidak diizinkan utk berbuat demikian...tidak mengapalah, sekurang2nya hati ini berasa lega dapat meluahkan apa yg terpendam, berkongsi perasaan bersama rakan2 yg lain..bersetuju dgn aku atau tidak, itu lain cerita, aku tetap terima seadanya....

Untuk yang terakhirnya, aku masih ternanti-nanti laporan lengkap tentang keputusan itu...alasan, sebab, bukti dan segala yg berkait dgnnya perlu diumumkan untuk tatapan penyokong dan pendokong bawahan...semoga dgn itu, setidak-tidaknya dapat mengurangkan prasangka dan prejudis negatif 'rakyat' terhadap jawatankuasa disiplin, dan parti umumnya..seterusnya dpt menjadi pengejaran dan pedoman untuk hari2 yg mendatang..

Aku juga menolak segala tindakan mahupun gesaan untuk mensabotaj, memulau, atau memboikot apa2 program parti oleh individu2 'tertentu'..aku juga menolak cara 'menegur' secara 'kekerasan' seperti memakihamun, sumpah seranah dan sebagainya terhadap kepimpinan tertinggi parti..lebih dari itu, aku menolak sekera2nya usaha indivindu2 tertentu yang mengajak orang ramai supaya meninggalkan parti, 'memusuhi' parti dan yg yg sewaktu dgnnya...

Aku tersangat alu2kan kritikan dan teguran membina dari rakan2 untuk kepimpinan atasan, kerana dgn itulah sebenarnya, kejayaan mampu ditempa secara bersama selama ini...


Aku akhiri kalam ini dgn lafaz harapan, semoga Allah permudahkan jalan, memberi kekuatan dan kecekalan kepada perjuangan ini dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan..aminn..wallahua'lam..

p/s: Untuk post kali ini, penulis menggunakan ganti nama diri "aku", harap maklum..
baca lagi [click here]...

Dua hotel di Melaka dapat anugerah hotel terkotor di Asia!



Oleh: Pria Malaya

Kalaulah perkara ini berlaku di negeri Pakatan Rakyat khususnya negeri Kelantan, penulis hampir pasti berita ini akan diperbesar2kan seantaro dunia, media2 ampu kerajaan sebaiknya membesar2kan isu ini, blog dan laman web penyokong gerombolan semahunya memburukkan imej negeri Kelantan dibawah pemerintahan TGNA (contohnya) kerana tidak pandai mentadbir, negeri terkotor dan sebagainya...

Tapi, telah ditakdirkan, hotel di negeri kuat Umno, negeri yg diperintah oleh parti yang kononnya "tiada yang baik sebaiknya", negeri yg katanya antara termaju dan terbersih (kononnya), akhirnya telah diistiharkan terkotor di asia oleh sebuah laman web antarabangsa...penulis ulangi, bukan terkotor dinegeri Melaka, bukan terkotor di Malaysia, bukan terkotor di Asia Tenggara, TETAPI antara terkotor di suluruh benua Asia!..


DUA HOTEL DI MELAKA DAPAT ANUGERAH HOTEL TERKOTOR DI ASIA

Apakah malangnya rakyat Melaka. Rakyat melaka dimalukan sekali lagi! Selepas Eye On Malaysia disita hari ini rakyat Melaka diaibkan sekali lagi apabila dua buah hotel terkemuka di negeri ini mendapat anugerah hotel terkotor di Asia. Dua hotel berkenaan diletakkan kedudukan ke 4 dan ke 9 paling kotor di Asia berdasarkan satu kajian antarabangsa melalui maklum balas mereka yang pernah menginap di hotel berkenaan.

Perkara ini dinyatakan oleh Penasihat Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Chua Kim Tee.

Kini imej Melaka semakin merudum di kalangan pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Dalam hal ini kita wajar berterima kasih kepada pihak hotel dan kerajaan negeri yang bekerja keras serta berganding bahu sehingga melayakkan Melaka mendapat anugerah yang cukup berprestij ini. Maka benarlah slogan yang terpampang apabila memasuki negeri Melaka ' Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia'.

Jika Hotel Water City sebelum ini diarah tutup oleh kerajaan negeri kerana tunggakan hutang bil air kepada Syarikat Air Melaka dan hutang lain kita tunggu apakah tindakan kerajaan negeri dalam hal ini. Adakah kerajaan negeri akan bertindak terhadap hotel berkenaan yang salah sebuah daripadanya dimiliki oleh bekas pemimpin kanan Umno negeri ini. - Angkasanuri

Sementara Sinar Harian melaporkan...

Dua hotel di Melaka antara terkotor di Asia

AYER KEROH - “Memalukan!” Itulah reaksi Penasihat Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Chua Kim Tee ketika merujuk kepada laporan laman web antarabangsa yang menyenaraikan dua hotel terkemuka Melaka sebagai hotel terkotor di Asia.

Salah sebuah hotel tersenarai di tempat keempat, manakala sebuah lagi di kedudukan kesembilan, berdasarkan maklum balas diperoleh laman web daripada mereka yang pernah menghuni hotel berkenaan.

Kim Tee berkata, penyenaraian ini amat memalukan Melaka dan ia adalah tamparan terhadap usaha Kerajaan Negeri mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama.

Menurutnya, walaupun pihak Kerajaan Negeri, terutama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, banyak berusaha menaikkan nama Melaka dalam sektor pelancongan, tindakan sesetengah hotel mengabaikan faktor kebersihan boleh menjejaskan usaha kerajaan menaikkan imejnya.

“Penyenaraian dua hotel ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama Melaka sebagai destinasi pelancongan dan pada masa sama menjejaskan usaha serius kerajaan untuk menjadikannya sebuah bandar raya warisan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Daripada hasil kaji selidik dijalankan laman web berkenaan, 77 peratus mereka yang pernah menginap di hotel di kedudukan keempat itu mengatakan mereka tidak akan mengesyorkan sesiapa menginap di hotel berkenaan, manakala bagi hotel di tempat kesembilan, 61 peratus memberi komen yang serupa.

Antara komen ditinggalkan pengunjung di laman web berkenaan mendakwa cadar yang dibekalkan dalam bilik-bilik kotor dan buruk, bilik penuh dengan nyamuk, keadaan bilik mandi tidak bersih dan sebagainya.

Sehubungan itu, Kim Tee menggesa pihak berwajib menjalankan pemeriksaan segera ke atas kedua hotel berkenaan.

Menurutnya, jika perlu, kedua hotel berkenaan disita untuk tempoh yang sesuai bagi menunjukkan kepada mereka betapa kebersihan perlu diberi keutamaan.

“Dan sekiranya perlu, bukan sahaja dua hotel itu, tetapi hotel lain juga yang mengabaikan aspek kebersihan.

"Mungkin pihak berkuasa boleh membatalkan lesen mereka,” katanya.

Kim Tee juga menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan berkala di semua hotel di negeri ini, terutama yang kecil.

Menurutnya, ini kerana beliau sudah beberapa kali menerima rungutan pengunjung mengenai keadaan hotel kecil yang tidak terurus, termasuk keadaan tandas yang teruk.

“Dalam keadaan ini, pihak hotel tidak seharusnya disalahkan sepenuhnya kerana orang ramai turut memainkan peranan menjaga kebersihan.

”Hanya kerana mereka membayar sewa tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati, termasuk mengabaikan kebersihan,” katanya. - Sinar harian

baca lagi [click here]...

Hebahan: Beras Padu Ditutup Lebih Kurang Sebulan Lebih - Hasbullah Pit

Dimaklumkan bahawa Beras Padu ditutup dalam anggaran sebulan lebih, bertujuan untuk mengira berapa KWh tenaga yang digunakan.

Sejak berlakunya revolusi Cekap Tenaga beberapa bulan yang lalu (di rumah saya) dan kalau Beras Padu ditutup, Penggunaan Elektrik telah turun sehingga ke tahap 55% berbanding dahulu.

Namun Beras Padu duduk di komputer yang tidak cekap tenaga, Athlon XP lama. tidak sesuai untuk dihidupkan 24 jam, sepertimana yang pengunjung Beras Padu mahukan. Ia tidak boleh tidur seperti komputer-komputer lain di rumah.

Saya perlu mencari kaedah Cekap Tenaga bagi menghidupkan kembali Beras Padu.

Mungkin perlu beli komputer khas yang cekap tenaga.

Wujud punya banyak pilihan, entah mana yang sesuai.
http://www.metaefficient.com/computers/the-greenest-pcs-of-2008.html

Ada juga yang tidak dijual di Malaysia.

Semalam saya terjumpa Linutop 2 dan Linutop 3, keluaran Peranchis.

Hari ini, saya merasakan bahawa fit-PC2i yang paling sesuai kerana pada muatan penuh pemproses, ia hanya menggunakan 8W kuasa.

Namun, ianya begitu jelas "Israel"nya.

Ada juga alternatif daripada Asia
MSI Windtop DE200 , dikatakan 30 watt
MSI Nettop CS 120 , dikatakan 35 watt

Masih belum nampak penyelesaian dari jepun, mungkin ia masih disembunyikan di negara mereka.

Anda boleh cadangkan komputer apa yang mungkin sesuai untuk Beras Padu.

Di Copenhagen dulu, Najib telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 40 %.
Macam mana dia nak buat? belum nampak langkah-langkah yang telah diarahkan.

Adakah 'Autonomi bil elektrik' sekolah adalah satu langkah untuk mencapai sasaran itu?. - FB Hasbullah pit

baca lagi [click here]...

[Kemaskini] Gambar sekitar konvoi bermotor pemuda PAS Besut..(video inside)


Berkumpul di Caltex Alor Lintang sebelum bertolak


Ramai!!! Program anjuran DPP Kawasan Besut ini mendapat sambutan luar biasa dari para Pemuda seluruh Besut."Orang Mude Geng Kite"


Doa sebelum memulakan perjalanan,di baca oleh Ketua DPP Kaw. Besut Ust Zulkifli Kadir


Ya Allah,Ya Tuhanku berkatilah perjalanan kami ini dan peliharalah keselamatan kami!!


Peserta mula di lepaskan


Berlepas..


Dalam perjalanan 1...


Dalam Perjalanan 2..


Dalam Perjalanan 3..


(Gambar sebelum) Pemuda Pas dari Cawangan Beris Pak Abu bergambar ramai sebelum bertolak ke tempat berkumpul di Alor Lintang


(Gambar sebelum) Minyak Motor di sediakan percuma oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut

Gambar:500 Pemuda Pas Besut Berkonvoi Motosikal Ke Himpit Besut/Setiu

DPP Kawasan Besut berjaya menganjurkan satu Konvoi Motosikal yang mendapat sambutan luar dugaan seluruh Pemuda dari Kawasan Besut.Program yang di sertai oleh lebih kurang 500 peserta ini,bertujuan untuk menghadiri Program Himpit Besut/Setiu di Bari Besar Setiu.Selain motosikal berpuluh buah kereta juga turut serta dalam konvoi ini.

Program ini mendapat kerjasama penuh pihak Polis yang sudi mengringi perjalanan hingga ke Setiu.Di samping itu Kelab Radio Amatur Terengganu turut sudi menyelia perjalanan yang mengambil masa hampir 1 jam ini.Selain itu Unit Amal Kawasan Besut turut di kerah sebagai Marshall bagi melicinkan perjalanan. - /pemudabesut







Berita berkiatan:
- Himpunan 2K ‘Orang Muda Geng Kita’ (H2kOMGK) Catat Sejarah (Buletin Online)

[[ Tahniah diucapkan kepada PAS Besut..teruskan usaha2 mendekatkan diri dgn golongan anak muda..semoga PAS kawasan lain dpt mencontohi kesungguhan PAS kawasan Besut dlm menarik sokongan golongan muda kepada perjuangan PAS...insyallah, selepas ini, anak muda akan bersama 10 000 pemuda PAS berkumpul di Perak!..jumpa di sana!..wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin