Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Saturday, January 15, 2011

[MESTI BACA] Perkembangan isu AZAN: Fakta dan auta yang perlu anda ketahui..



1. Dilaporkan semalam, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan 'tindakan' Najib Razak dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan..ini diakui sendiri oleh ahli khariah dan imam masjid AL-Ikhlasiah Kampung Kerinchi..

"Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan". "Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu."
Boleh rujuk pengakuan imam masjid itu di SINI, dan kekesalan WPPWP di SINI..

2. Penulis setuju dgn DPPWP..oleh kerana satu laporan oleh seorang ahli dan peguam MCA, tindakan drastik terus diambil, pihak masjid terpaksa akur..berbeza jika kalian ingat dlm kes yg sama beberapa tahun yg lepas..walaupun disuarakan oleh beberapa penduduk kampung non-muslim, namun pihak masjid tetap tidak berganjak..

Kali ini, hanya disebabkan seorang penyokong tegar BN, hanya 'berbekalkan' sebuah laporan kpd pemimpin2 BN seperti Najib Razak, Datuk Raja Nong Chik, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Mohd Nazri (Aziz), Tan Sri Koh Tsu Koon, maka tindakan terus dikenakan terhadap pihak masjid..sungguh menyedihkan..




3. Sehingga kini, hanya JAWI sahaja yg mempertikaikan isu ini..katanya tak tahu menahu dan 'tak pernah berlaku'..sedangkan lain2 pihak masih belum berani menjawab..Jamil Khir pula membayangkan bahawa kebenaran isu ini apabila tidak menafikan menerima surat bantahan azan oleh peguam MCA itu..boleh rujuk di SINI..sementara pihak masjid tersebut masih berpegang dengan kenyataan mereka terdahulu..

4. Ahli Parlimen Lembah Pantai yang awal-awal lagi dilihat mengulas isu ini (klik di SINI), hari ini meminta Najib Razak dan beberapa menteri kabinet tertentu supaya 'buka mulut' mengenai isu ini..katanya jawapan (ulasan) pemimpin berkenaan penting bagi menegakkan kebenaran dalam isu tersebut..boleh rujuk di SINI...namun mcm biasa, Najib tetap bermain play safe..

Presiden parti Gerakan akui isu azan telah wujud di zaman BN!

5. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Su kun meminta supaya masyarakat tidak membesarkan isu ini..katanya, "Mereka sudahpun mencari jalan penyelesaian pada peringkat bawah, jadi tidak perlu menjadikan ini isu besar dan bergaduh”...boleh rujuk di SINI..

Cuba korang bayangkan pemimpin DAP yg ucap kenyataan ini, sudah pasti pencacai Umno akan memakihamun dan sumpah seranah pemimpin ini kerana telah menganggap ianya isu kecil dan jangan dibesarkan..korang nampak sikap double standart mereka dlm isu ini?..

6. Tidak semena-mena ketika mengulas isu ini, pemimpin parti Gerakan ini akhirnya mengakui bahawa isu 'bantah azan' sebenarnya telahpun bermula dan wujud ketika era pemerintahannya iaitu semasa Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan/BN..
"Menurut Koh, kejadian seumpama itu bukan sesuatu yang baru, sambil menambah ia pernah terjadi di Pulau Pinang, ketika beliau adalah ketua menterinya."..(klik di SINI)..
Kalian tahu apa 'implikasi' kenyataan ini?..ya, ini bermakna, ketika 'regim' Umno/BN memerintah dahulu pun isu sensitif ini telahpun berlaku dan wujud, namun atas kerjasama media ampu Umno, berita ini disembunyikan dr pengetahuan rakyat khususnya bangsa ketuanan Melayu Umno..ini bermakna segala dakyah dan tohmahan yg mengatakan ianya bermula sejak PR memerintah adalah fakta dongeng dan mitos palsu semata2!..

Fakta 'isu azan 2008' yang diputar belit

7. Begitu juga isu yang sama sekitar September 2008, dimana pihak Umno cuba menuduh pemimpin DAP, Taresa Kok membantah azan..walaupun sudah dijelaskan bahawa ianya bukanlah desakan dari pemimpin DAP itu, namun pencacai Umno ini terus menyerang tanpa bukti dan fakta kukuh..

Kerana itu selepas seminggu beliau ditahan dibawah ISA atas isu ini, Taresa Kok akhirnya dibebaskan dari dakwaan itu..menurut polis, beliau tidak bersalah dan tiada sebab utk diteruskan penahanan..

“Selepas penangkapan dan siasatan dijalankan, polis berpuas hati bahawa tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut dan memutuskan untuk membebaskan,” (baca di SINI..)
Baca penjelasan Taresa Kok di SINI..bahkan imam masjid tersebut turut menafikan Taresa Kok mempunyai kaitan dengan kes azan ketika itu..

Membela tuduhan terhadap DAP dlm isu azan satu ketika dahulu, YB Zul Kulim berkata:

"Adalah jelas bahawa Satim dan orang UMNO telah memutar-belitkan cerita (isu azan) tersebut. Satim dan Khir Toyo cuba menggunakan taktik kotor mereka untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu di Puchong dan Selangor terhadap saya dalam isu ini.

Mereka cuba mewujudkan kesangsian orang Melayu terhadap pemimpin DAP dan cuba menggambarkan saya dan rakan saya dalam DAP sebagai orang politik yang anti Melayu dan anti Islam."
Baca seterusnya dlm blog YB Kulim pada tajuk, "YB Teresa Kok jelaskan isu azan"..(cepat sebelum pengkhianat dan petalam dua muka ini memadam entry ini di dalam blognya)..

8. Hari ini dilaporkan peguam MCA merangkap ahli seumur hidup MCA itu akhirnya telah berpindah tempat tinggal..menurut gabungan NGO Melayu, ada pihak telah menerima email daripada peguam MCA ini beberapa hari lalu menyatakan telah berpindah tempat tinggal..boleh rujuk di SINI..(ini pun penyokong Umno kata PR reka isu?..)

9. Terdapat dikalangan penyokong dan blogger totok Umno masih tidak dapat menerima hakikat 'pahit' ini..katanya, ianya hanya fitnah pembangkang, surat itu surat palsu kerana tiada tanda tangan, ini semua racangan DAP, DAP yang harus dipersalahkan dan bla bla bla..sungguh kesian melihat pemikiran dangkal mereka..mungkin mereka boleh rujuk Pekida dan Perkasa dlm isu ini..NGO ini yakin dgn isu ini, malah mendesak kerajaan supaya meng-ISA-kan peguam MCA ini...baca di SINI..

10. Utk yg terakhirnya..ternyata isu 'peguam MCA bantah azan' ini punyai hikmahnya..disamping menutup mulut pencacai Umno jangan hanya menuding jari kpd DAP, isu ini juga membuktikan, Umno gagal 'mentarbiah' rakan sekutunya walaupun telah berhubungan selama lebih 50 tahun, berbeza dgn pakatan PAS-DAP yg baru beberapa tahun, namun menampakkan tanda2 positif..

Akhir kalam, penulis mohon supaya isu ini disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama penyokong tegar Umno..jangan biarkan rakyat jahil dlm isu ini..insyaAllah entry ini akan dikemaskini setiap masa, sila rujuk pada senarai 'koleksi entry panas' di sebalah kanan blog..fikir2kan..wallahua'lam..

TERBARU: Hari ini (17 Januari 2011) dilaporkan, yang tertuduh, yang juga peguam/ahli MCA seumur hidup telah memohon maaf dlm isu azan ini..boleh rujuk berita di SINI..persoalan kini, apakah penyokong fanatik Umno terima sebegitu mudah permohonan maaf ini?

Jika kita lihat contoh yang lepas2, mereka tidak sesekali boleh menerima permohonan maaf dari pemimpin2 tertentu dlm DAP/PR walaupun mereka telah miminta maaf dlm sesuatu isu..contoh terbaru isu ADUN Komtar meminta maaf isu yang tindakan terhadap peniaga india Muslim..w'pun telah meminta maaf, namun terdapat penyokong/blogger Umno tidak menerimanya dgn pelbagai alasan, malah didesak supaya diambil tindakan tegas..

Maka disini, apa pula reaksi penyokong fanatik Umno? boleh terima permohonan maaf begitu shj?..apakah sesuatu permohonan maaf sudah cukup melepaskan sesiapa shj?..kenapa tidak dikenakan ISA sebagaimana tindakan terhadap Taresa Kok dahulu?..sila jawab pertanyaan penulis...


Artikel berkaitan:
- PANAS: Peguam MCA 'panas telinga' dengar azan, desak Masjid Pantai Dalam kawal bunyi azan!
- Ekoran aduan peguam MCA, Masjid Kerinchi akur perlahankan azan..Hari ini DEMO selepas Jumaat!
- [16 Januari 2011] Isu Peguam MCA bantah Azan: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Serah Memo Kepada JAWI

10 comments:

Anonymous said...

nice bro!..terbaek!!!

dr fauzy said...

isu azan - patutnya jawapan ini dibukukan atau dibuat dlm bentuk risalah..kemudian sebarkan di ceruk2 kampung2..

anti hipokrit said...

bengong..dulu taressa cock timbul isu azan kena isa, ni biadap cina sorang ni xkena isa pulak..bengong la kerajaan hari ni..bikin wa hangin la najib..

chong kok hing said...

nice!

因為拉曼,磷酸二銨損壞

Anonymous said...

aku baca kat blog totok umno, dorang kata MP lembah pantai tak buat apa2, senyap..rupanya dia MP pertama yg bersuara..kena kencing lg aku rupanya,

Anonymous said...

wan...

kita dalam usaha menunjukkan ajaran islam yang syumul kepada orang bukan islam.kita mahu menunjukkan islam adalah agama yang memberi kebaikan kepada orang islam dan orang bukan islam.
kita mahu berdakwah dan mengajak orang bukan islam supaya memahami islam dan mendekati islam.

dalam hal ini,kita perlu mendengar luahan orang bukan islam yang tinggal bersama dengan kita dan kita akan cuba menyelesaikan isu tersebut secara bijaksana.
kita mahu mereka faham islam itu dengan tepat dan bukan palsu.

kita tidak mahu orang bukan islam menganggap islam adalah agama yang mementingkan diri sendiri.itu adalah gambaran yang sudah jauh terpesong.

pria malaya said...

PENTING juga penulis tegaskan di sini, penulis bangkitkan isu ini bukanlah utk meng'hentam' peguam MCA ini semata2..bg penulis, mungkin beliau ini jahil, atau mungkin betul mengganggu tidur beliau krn terlalu kuat..tetapi niat penulis bangkitkan isu ini adalah untuk 'mengajar' bangsa hipokrit dalam parti rasis Umno..dulu bukan main hentam PR, sekarang lu rasa la sendiri..

Kepada rakan non-muslim yg ikuti penulisan ini, harap kalian faham niat sebenar penulis..penulis bukanlah seperti pejuang kebangsaan di dlm Umno yg tegar sifat perkaumannya, yg keras pegangan kebangsaannya..bg penulis, khusus dlm isu ini sebenarnya ada cara/kaedah/pendekatan yg lebih sesuai dan hikmah berbanding demo atau maki hamun..sengaja penulis mengapikan isu ini bagi membuka mata penyokong Umno supaya menilai balik tindakan mereka yg kerap mempolitikkan isu2 seperti ini utk menjatuhkan PAS..

Alhamdulillah, ada segelintir dikalangan mereka mula bernada positif selepas keluar isu ini..insyaAllah, Islam adalah agama yg aman dan harmoni, segalanya boleh dibawa berbincang..pada rakan non muslim, yakinlah Islam agama yang sejahtera dan adil utk seluruh ummat manusia.

Anonymous said...

BIADAP PUNYA CINA MCA!!!! ---->

Naib presiden MCA: Kawal selia guna pembesar suara rumah ibadat...M'SIAN INSIDER....
Seorang naib presiden MCA meminta perdana menteri dan pihak berkuasa agama menggunakan isu azan semasa sebagai peluang bagi mengawal selia penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat demi mengelak perselisihan faham di kalangan mayarakat pelbagai kaum.
Dalam langkah MCA kelihatan keluar daripada pendirian “diam diri” dalam isu azan semasa, Senator Gan Ping Sieu memberitahu The Malaysian Insider, penetapan garis panduan tidak boleh disamakan sebagai dengan tindakan mempersoalkan hak seseorang kepada kebebasan beragama dalam apa sahaja kepercayaan.

Bagaimanapun kata beliau, usaha itu akan membantu mengelak sebarang perselisihan berhubung isu-isu sensitif pada masa depan.

“Ini peluang baik bagi perdana menteri, mufti-mufti dan pihak berkuasa lain untuk menetapkan garis panduan agar ia jelas,” kata beliau........

Tambosan said...

Saya amat kesal atas apa yg telah berlaku, terutamanya salah seorang pemimpin rakyat Malaysia dari parti MCA, iaitu salahsatu parti bernaung dibawah Barisan Nasional. 'Maafkan saya kalau hujah saya agak pedih'. Kalau kita dikatakan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, apakah maksud itu!? Saya rasakan orang ini melibatkan diri dlm politik untuk kepentingan sendiri. Cuba kita fikirkan sejenak, dimana Tuhan memberi kita akal utk berfikir. Laungan Azan adalah jam 6 pagi, kebetulan pula rumah dia berdekatan dgn masjid Al-Ikhlasiah, katakan dia bekerja jam 9 ataupun 10 pagi dan waktu dia bangun adalah 7, jadi waktu kepuasan tidurnya dah diganggu. Jikalau dia seorang pemimpin yg pentingkan rakyat dia tidak seharusnya membangkitkan isu ini. Seperti yg kita ketahui Singapura mengharamkan laungan Azan, bagi saya orang jenis Kafir tidak berfikir dulu sebelum bertindak. Orang Yahudi di Israel pun boleh memahami & membenarkan laungan Azan. Kalau tak caya tonton la siaran tv tempatan Malaysia, wartawan2 Malaysia yg membuat liputan2 di Israel.

JustMe said...

Apabila aku melihat komen2 ni...heran pulak aku cara orang kita memberi komen...siap maki2 lagi walhal isu yang dibincangkan adalah isu azan. Aku bukannya nak menyokong sesiapa, namun pada hari ini jika kita menyoal orang bukan islam yang tinggal berdekatan masjid adakah mereka ingin azan tidak dilaungkan, aku pasti mereka akan setuju sangat2. Namun itu bukan persoalannya di sini, persoalannya adalah.....AZAN HANYA MINTA DIKURANGKAN LAUNGANNYA...macam nak kurangkan bunyi la kan...bukannya tutup terus...."HANYA KURANGKAN"....bukankah itu suatu permintaan yang berasas...?...Wbagaimanapun aku faham Islam ingin berdakwah...dan azan adalah salah satu cara bagaimana Islam dapat berdakwah....tetapi kenalah faham dan selami maksud azan itu sendiri.Itu adalah lebih penting....

(Kemaafan dipohon agar ada yg tersinggung)

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin